Thursday, December 9, 2010

Ikat Rambut Kreatif

Entry saya kali ni khas untuk orang perempuan yang berambut panjang. Tapi ni tak bermakna orang lelaki tak boleh baca. Boleh.. orang lelaki pun boleh baca juga. Ye la, mana tahu dah baca nanti boleh beritahu kat adik perempuan ke, emak ke, girlfriend ke atau isteri.

Sebelum saya teruskan entry ini, saya ada satu soalan untuk orang perempuan rambut panjang. Pernahkah awak ada masaalah mengikat rambut yang panjang sebelum pakai tudung? Jap.. orang perempuan yang rambut pendek sila ambil perhatian juga.  Ye la, mana tahu tetiba teringin kempunan nak simpan rambut panjang kan? 
Tahukah anda rambut yang panjang kalau tidak diikat dengan rapi akan cepat terburai? Saya tanya sebab rambut saya selalu terburai, tetiba je terjuntai keluar dari tudung. Satu masaalah lagi, rambut kalau diikat terlalu ketat pula akan menimbulkan kesakitan dikulit kepala. Tu yang tak pasal2 cepat naik darah. Dan lebih teruk lagi kalau rambut diikat dengan getah (alaa.. rubber band yg kaler merah tu) apabila ditarik banyak rambut akan tertarik sama dan berguguran seperti daun2 berguguran. Kalau sikit takpe, banyak sey!  Silap hari bulan boleh tipis rambut dibuatnya. Tak caya tanya Bedah. Betul kan Bedah?
Idea kreatif saya kali ini ialah Ikat Rambut Kreatif. Mungkin dah ada orang gunakan cara ini cara senyap2.  Tak kisah la, sebab idea marbeles ni tercetus dikepala saya sendiri bila melihat seorang pensyarah itu ikat rambutnya. Memula kenalah beli alat pengikat rambut untuk buat siput rambut ni. Harganya lebih kurang $5. Kemudian ikat rambut mengikut rajah diatas untuk cara2 mengikat rambut awak yang panjang menghurai tu.
Setelah siap, rambut akan kelihatan lebih kemas. Dan penting sekali anda akan merasa lebih selesa dan kain tudung akan terletak lebih cantik.

Thursday, November 4, 2010

Pin Baju Kreatif

It all started with this lovely pin....
Masa tu kan, saya dan kawan2 pergi kesatu majlis agama anjuran Masjid Hasanah diTeban Garden. Isk!! [ketok kepala] tak ingat pulak bila tarikhnya. Yang saya ingat dimajlis tersebut kaum wanita yang hadir mendapat buah-hati sagu-hati yang dibungkus kemas dalam kertas bunga. Curious tau... apa agaknya isinya? Belum sempat pulang kitorang dah siap bukak bungkusan tu. Rupanya semua dapat pin baju tapi berlainan design. Dan saya sendiri mendapat pin berwarna pink yang cantik diatas itu. And you know what? I love it so much!! So cute!!! Sejak hari tu saya tertanya-tanya siapa kah pemilik pin baju yang cantik2 itu? Kalaulah dia ada terbaca blog ini, saya nak ucapkan terima kasih padanya kerana menghadiahkan pin baju yang cantik itu.
Haa.. yang ini lagi satu pin baju pemberian dari kawan sekerja saya, Zan. Hasil tangannya sendiri. Gabungan batu warna merah jambu dan merah. Simple aje designnyakan?  Tapi saya suka. Orang kata sweet and simple.
Idea kreatif saya kali ini ialah pin baju kreatif.  Ngeeee tak lah! Sebenarnya ni bukan idea saya. Idea pin baju ni dah lama digunakan. Ntah siapa ntah perawinya? Tapi apa yang saya maksudkan disini ialah design2 yang dihasilkan dengan idea2 kreatif tersendiri. Tada!! ni dia pin baju warna biru hasil tangan saya yang pertama...  Saya namakan "Permata Biru". Boleh gitu?
Kerana nak sangat belajar buat pin baju ni, akhirnya saya pon memasuki kelas membuat jewellery disalah sebuah Balai Rakyat. Interesting woii!! Nah!! ni lagi satu hasil ciptaan saya yang dinamakan "Panji Semerang".  Saya punya suka lah nak namakan apa kan? Teeheehee... [the good thing is, if you create something you got to name it too... lalaalaa]
Memang seronok kalau dapat menghasilkan sesuatu kreatif dengan tangan kita sendiri. Tak caya try lah. Yang last ini hasil ciptaan saya juga yang diberi nama "Hou Lian". Kenapa Hou Lian? Ntah...

* In the nutshell..
Ada orang buat sesuatu dengan niat ingin mencari keuntungan (bukak bisnes sendiri).  Ada orang buat sesuatu dengan niat ingin mendapat nama (dikenali dan dipuji).  Ada orang buat sesuatu kerana hobby atau suka2 aje (hurmm.. tak tahu gunakan masa la ni).  Ada orang buat sesuatu dengan niat ingin menambah pengetahuan (tak mahu ketingallan).  Tapi tahukan anda, tak ramai orang yang sengaja membuat sesuatu dengan niat ingin berbuat baik.    Renungkan lah....

Firman Allah dalam Surah Baqarah, Ayat 195 yang maksud terjemahannya;
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."

Thursday, October 28, 2010

Kad Kreatif

Ketika bersendirian dalam bas atau MRT, biasanya apakah yang akan anda lakukan?  Adakah anda akan cari kalau2 ada kawan yang boleh diajak berbual?  Atau anda terus pejamkan mata sebab ada nyonya tua berdiri di depan anda?  Atau anda hanya memerhatikan gelagat manusia disekeliling?  Hermmm, sila jawab.....

Saya sendiri ketika sendirian tak kira lah dimana, saya suka mencari idea.  Tak kiralah apa ideanya.  Janji ianya baik dan boleh dimanfaatkan oleh semua.  Terutama sekali buat orang Islam.  Kadang2 perah punya perah otak ni satu habuk idea pon takde.  Kadang2 fikir punya fikir dapat idea yang biasa2 aje.  Tapi yang hairannya bila malas nak fikir, time tu lar idea marbeles datang mencurah-curah!!.  Heehee...

Baru2 ini saya dapat  satu idea kreatif yang saya rasa baik jika diamalkan.  Mungkin ada yang tak setuju tapi setidaknya saya rasa ia baik buat diri saya sendiri.  Haa... lupa nak kasi tau.  Saya suka kongsi idea2 saya.  Mudah-mudahan idea2 yang saya paparkan disini dapat digunakan dan memberi manfaat dari segi rohani mau pun jasmani buat semua.

Idea saya kali ini ialah Kad Kreatif.  Caranya kitar semula atau 're-cycle'.  Saya dapat idea ini bila melihat dua kotak namecard yang tidak boleh digunakan kerana printing error.  Memandangkan kad2 itu berkualiti baik maka tercetuslah idea untuk mengunakannya sebagai flash kad Asmaul Husna.  Saya pun mencari dan mengumpulkan maklumat mengenai Asmaul Husna untuk idea flash kad saya ini.
Firman Allah dalam Surah Al A'raaf, Ayat 180 yang terjemahannya bermaksud:
"Hanya milik Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan".

Dalam sebuah hadis pula ada disebut yang terjemahannya bermaksud:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu.  Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga."  Sahih Bukhari.

Haa..masuk syurga?? Taknakke??
Mungkin ada yang tak percaya.  Tapi saya rasa motivated sangat bila membaca firman dan hadis itu.  Saya pon cetakkan maklumat Asmaul Husna dan tampalkan pada kedua-dua belah 'namecard' yang terpakai itu.
Yeyehh!!! Dah siap semua kad2 saya tampal.  Saya letakkan dalam satu bekas diatas meja pejabat supaya senang dicapai.  Beginilah rupa kad yang saya reka itu.  Handy, rengkas dan padat, ngeee...
Setiap hari saya akan ambil satu kad dan letakkannya dihadapan komputer.  Benda kalau dah depan mata mesti terpandang kan?  Jadi sambil buat kerja tu boleh lah berzikir dalam hati menyebut nama Tuhan.
Sibuk macam mana pun, saya rasa ini cara paling mudah dan seronok untuk membuat hati kita suka berzikir mengingati Tuhan.

* In the nutshell....
Kalau kita ingat pada Tuhan tentu Tuhan akan ingat pada kita.  Tapi tahukah anda ramai orang yang ingat pada Tuhan ketika berada diatas tikar sembahyang.  Selepas gulung tikar sembahyang mereka ingat selain dari Tuhan....

Monday, June 14, 2010

Album Kreatif

"A picture is worth a thousand words" Betul tak? Maksudnya, takyah kasi tau, tengok gambar aje orang dah tahu. Tapi zaman sekarang tak ramai orang yang simpan album gambar.  Ini kerana nak save space dan juga adanya CD, External Hard Disk, Thumb drive dan gadget lain yang boleh digunakan untuk menyimpan gambar2 mereka.

Tapi macam mana pula kalau ada majlis yang istimewa? Bukankah lebih baik kalau ada album gambar untuk ditatap? Lebih menarik lagi kalau album itu disusun dan dihias dengan kreatifnya, tentu seronok jika dibelek. Kebetulan saya baru saje beli Canon DSLR, maka saya cuba mengambil gambar diMajlis Khatam Quran yang berlangsung pada 13 Jun 2010 yang lalu.

Tentu rugi jika majlis istimewa ini tidak dialbumkan buat kenang2an. Memandangkan majlis ini tiada jurugambar sendiri maka saya mengambil keputusan untuk reka album gambar khas untuk adik yang mengkhatamkan Al Quran ini. Tiada tujuan langsung untuk buat duit ke apa, cuma saya rasa rugi jika majlis Khatam Quran yang istimewa ini tidak di albumkan.

Selesai majlis maka bermulalah mission saya yang pertama ini.  Setelah mencuci dan memilih gambar2 yang telah saya ambil, maka ujudlah sebuah Album Kreatif. Sebenarnya idea ni bukan lah idea baru. Idea ini memang sudah lama digunakan oleh omputih. They call it Scrapbooking.  Saya hanya ubah suai  scrapbook idea ini dengan citarasa dan ciri2 keislaman. 

Memang puas hati kalau kita dapat menghasilkan sesuatu. Saya gembira dapat menghasilkan Album Kreatif saya yang pertama ini. Tapi lebih gembira lagi ialah keluarga dan adik yang mengkhatamkan Quran itu bila mendapat Album ini. Syukur Alhamdullilah....



* In the nutshell....
Kalau kita suka pada sesuatu, kita tidak terus sembunyikan atau melupakannya.  Tentu kita akan teringat padanya.  Tentu kita akan membelek-beleknya.  Lebih2 lagi kalau ianya baik.  Mudah2an dengan menatap album seperti ini dapat membuka hati yang lain untuk sama mengkhatamkan Al Quran.  InsyaAllah....

Shoutbox by ngai.cc

 

Template Design By:
Kreatif Dsign